Memadai iman seseorang apabila dia mengucapkan: Aku reda Allah sebagai Tuhan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بحسب امرئ من الإيمان أن يقول: رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memadai iman seseorang apabila dia mengucapkan: Aku reda Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis nombor 7398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بحسب امرىء من الإيمان أن يقول: رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا)). [طس، ((الضعيفة)) (3334)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Memadai iman seseorang apabila dia mengucapkan: Aku reda Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3334]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.