Munkar Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بحسْبِ امرئٍ منَ الإيمانِ أنْ يقولَ: رضيتُ باللهِ ربًّا، وبمحمدٍ رسولًا، وبالإسلامِ دينًا.
Teks Bahasa Melayu
Memadai iman seseorang apabila dia mengucapkan: Aku reda Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis no. 7398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بحسب امرىء من الإيمان أن يقول: رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا)). [طس، ((الضعيفة)) (3334)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Memadai iman seseorang apabila dia mengucapkan: Aku reda Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3334]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman