Memadai bagi seseorang itu untuk disifatkan dengan bakhil

TEKS BAHASA ARAB

حسب امرئ من البخل أن يقول: آخذ حقي كله، ولا أدع منه شيئاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memadai bagi seseorang itu untuk disifatkan dengan bakhil apabila dia berkata: "Aku akan mengambil hak aku secara keseluruhan dan aku tidak akan meninggalkan daripadanya walau sedikit pun".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis nombor 248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((حسب امرئ من البخل أن يقول: "آخذ حقي كله، ولا أدع منه شيئاً")). [فر، ((الضعيفة)) (3487)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Memadai bagi seseorang itu untuk disifatkan dengan bakhil apabila dia berkata: "Aku akan mengambil hak aku secara keseluruhan dan aku tidak akan meninggalkan daripadanya walau sedikit pun".))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3487].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs