Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حسب امرئ من البخل أن يقول: آخذ حقِّي كلَّه، ولا أَدَع منه شيئاً.
Teks Bahasa Melayu
Memadai bagi seseorang itu untuk disifatkan dengan bakhil apabila dia berkata: "Aku akan mengambil hak aku secara keseluruhan dan aku tidak akan meninggalkan daripadanya walau sedikit pun".
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis no. 248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((حسب امرئ من البخل أن يقول: "آخذ حقي كله، ولا أدع منه شيئاً")). [فر، ((الضعيفة)) (3487)].
(Terlalu Daif) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Memadai bagi seseorang itu untuk disifatkan dengan bakhil apabila dia berkata: "Aku akan mengambil hak aku secara keseluruhan dan aku tidak akan meninggalkan daripadanya walau sedikit pun".)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3487].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman