Meludah, keluar hingus, datang haid dan mengantuk semasa solat adalah datang daripada syaitan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

البزاق، والمخاط، والحيض، والنعاس في الصلاة من الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Meludah, keluar hingus, datang haid dan (perasaan) mengantuk semasa solat adalah datang daripada syaitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن زيد مرفوعا: ((البزاق، والمخاط، والحيض، والنعاس، في الصلاة من الشيطان)).
[ه، ((الضعيفة)) (3379)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Zaid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Meludah, keluar hingus, datang haid dan (perasaan) mengantuk semasa solat adalah datang daripada syaitan.
[Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3379]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.