Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
البزاقُ، والمخاطُ، والحيضُ، والنعاسُ في الصلاةِ منَ الشيطانِ.
Teks Bahasa Melayu
Meludah, keluar hingus, datang haid dan (perasaan) mengantuk semasa solat adalah datang daripada syaitan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Zaid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis no. 1425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن زيد مرفوعا: ((البزاق، والمخاط، والحيض، والنعاس، في الصلاة من الشيطان)). [ه، ((الضعيفة)) (3379)]
(Daif) Daripada Abdullah bin Zaid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Meludah, keluar hingus, datang haid dan (perasaan) mengantuk semasa solat adalah datang daripada syaitan. [Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3379]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman