Melihat wajah yang elok akan menerangkan penglihatan

TEKS BAHASA ARAB

النظر إلى الوجه الحسن يجلو البصر، والنظر إلى الوجه القبيح يورث الكلح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Melihat wajah yang elok akan menerangkan penglihatan, manakala melihat wajah yang hodoh akan mewariskan kemuraman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis nombor 5909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((النظر إلى الوجه الحسن يجلو البصر، والنظر إلى الوجه القبيح يورث الكلح)). [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (132)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Melihat wajah yang elok akan menerangkan penglihatan, manakala melihat wajah yang hodoh akan mewariskan kemuraman. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 132].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.