Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّظَرُ إلى الوَجْهِ الحَسَنِ يَجْلُو البَصَرَ، والنَّظَرُ إلى الوَجْهِ القَبيحِ يُورِثُ الكَلَحَ.
Teks Bahasa Melayu
Melihat wajah yang elok akan menerangkan penglihatan, manakala melihat wajah yang hodoh akan mewariskan kemuraman.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis no. 5909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((النظر إلى الوجه الحسن يجلو البصر، والنظر إلى الوجه القبيح يورث الكلح)). [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (132)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Melihat wajah yang elok akan menerangkan penglihatan, manakala melihat wajah yang hodoh akan mewariskan kemuraman. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 132].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman