Melihat wajah wanita yang cantik

TEKS BAHASA ARAB

النظر إلى وجه المرأة الحسناء والخضرة يزيدان في البصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Melihat wajah wanita yang cantik dan suatu yang berwarna hijau, kedua-dua perkara tersebut meningkatkan (kekuatan) penglihatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis nombor 5908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((النظر إلى وجه المرأة الحسناء والخضرة يزيدان في البصر)). [حل، فر، ((الضعيفة)) (133)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Melihat wajah wanita yang cantik dan suatu yang berwarna hijau, kedua-dua perkara tersebut meningkatkan (kekuatan) penglihatan. [Riwayat Abi Nu’aim dalam al-Hilyah, dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 133].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs