Melihat wajah orang alim lebih disukai oleh Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نظرة في وجه العالم أحب إلى الله من عبادة ستين سنة صياما وقياما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Melihat wajah orang alim lebih disukai oleh Allah berbanding ibadah puasa dan qiyam selama 60 tahun.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«نَظْرَةٌ فِي وَجْهِ الْعَالِمِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ عِبَادَةِ سِتِّينَ سنة صياما وقياما» فِي نُسْخَة سمْعَان بن الْمهْدي عَن أنس رَفعه وَكَذَا مَا أوردهُ الديلمي بِلَا سَنَد عَن أنس رَفعه بِلَفْظ «النّظر إِلَى وَجه الْعَالم عبَادَة وَكَذَا الْجُلُوس مَعَه وَالْكَلَام وَالْأكل» وَلَا يَصح.

“Melihat wajah orang alim lebih disukai oleh Allah berbanding ibadah puasa dan qiyam selama 60 tahun.” Ia disebutkan dalam naskah Sam’an bin Al-Mahdi daripada Anas yang diriwayatkan secara marfu’. Begitu juga yang disebutkan oleh Al-Dailami tanpa sanad daripada Anas secara marfu’. Lafaznya ialah: “Melihat kepada wajah orang alim ialah ibadah. Begitu juga duduk, berbual dan makan bersamanya.” Ia tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.