Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نظرةٌ في وجهِ العالمِ أحبُّ إلى اللَّهِ من عبادةِ ستِّينَ سنةً صيامًا وقيامًا.
Teks Bahasa Melayu
Melihat wajah orang alim lebih disukai oleh Allah berbanding ibadah puasa dan qiyam selama 60 tahun.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«نَظْرَةٌ فِي وَجْهِ الْعَالِمِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ عِبَادَةِ سِتِّينَ سنة صياما وقياما» فِي نُسْخَة سمْعَان بن الْمهْدي عَن أنس رَفعه وَكَذَا مَا أوردهُ الديلمي بِلَا سَنَد عَن أنس رَفعه بِلَفْظ «النّظر إِلَى وَجه الْعَالم عبَادَة وَكَذَا الْجُلُوس مَعَه وَالْكَلَام وَالْأكل» وَلَا يَصح.
“Melihat wajah orang alim lebih disukai oleh Allah berbanding ibadah puasa dan qiyam selama 60 tahun.” Ia disebutkan dalam naskah Sam’an bin al-Mahdi daripada Anas yang diriwayatkan secara marfu’. Begitu juga yang disebutkan oleh al-Dailami tanpa sanad daripada Anas secara marfu’. Lafaznya ialah: “Melihat kepada wajah orang alim ialah ibadah. Begitu juga duduk, berbual dan makan bersamanya.” Ia tidak sahih.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman