Mutawatir
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النّظر إِلَى عَليّ عبَادَة.
Teks Bahasa Melayu
Melihat kepada Ali adalah ibadah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abu Bakr RA
- Abu Hurairah RA
- ‘Aisyah RA
- Ibn Mas’ud RA
- Jabir RA
- Mu'az bin Jabal RA
- Uthman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Mutawatir
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«النّظر إِلَى عَليّ عبَادَة» أوردهُ من حَدِيث أبي بكر وَعُثْمَان وَابْن مَسْعُود وَابْن عَبَّاس ومعاذ وَجَابِر وَأنس وَأبي هُرَيْرَة وثوبان وَعمْرَان وَعَائِشَة ووهاها كلهَا قلت الْمَتْرُوك وَالْمُنكر إِذا تعدّدت طرقه ارْتقى إِلَى دَرَجَة الضعْف الْقَرِيب بل رُبمَا ارْتقى إِلَى الْحسن وَهَذَا ورد من رِوَايَة أحد عشر صحابيا بعدة طرق وَتلك طرق عدَّة التَّوَاتُر فِي رَأْيِي.
Maksudnya: “Melihat kepada Ali adalah ibadah.” ia diriwayatkan daripada hadith Abu Bakar, Uthman, Ibn Mas’ud,Ibn ‘Abbas, Mu’az, Jabir,Anas, Abu Hurairah, Thauban, Imran dan ‘Aisyah. Kesemua jalur tersebut dinilai sebagai terlalu lemah. Saya katakan: Hadith munkar dan matruk jika jalur periwayatannya banyak maka ia boleh naik ke darjat daif. Bahkan berkemungkinan boleh naik ke darjat hasan. Dan hadith ini diriwayatkan daripada sebelas orang para sahabat dengan pelbagai jalur periwatan. ia boleh dikatakan sebagai mutawatir dari sudut pandangan saya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman