Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التدبيرُ نِصْفُ العَيْشِ، والتَّوَدُّدُ نِصْفُ العقلِ، والهَمُّ نِصْفُ الهَرَمِ، وقِلَّةُ العِيَالِ أَحَدُ اليَسَارَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Melihat kepada akibat sesuatu tindakan merupakan separuh dari kehidupan, berkasih sayang merupakan separuh dari akal, kesedihan merupakan separuh dari kelemahan, sedikitnya tanggungan terhadap keluarga merupakan salah satu dari kesenangan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis no. 968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((التدبير نصف العيش، والتودد نصف العقل، والهم نصف الهرم، وقلة العيال أحد اليسارين)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (1560)]
(Daif) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Melihat kepada akibat sesuatu tindakan merupakan separuh dari kehidupan, berkasih sayang merupakan separuh dari akal, kesedihan merupakan separuh dari kelemahan, sedikitnya tanggungan terhadap keluarga merupakan salah satu dari kesenangan. [Riwayat al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1560]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman