Melihat ke arah cermin orang yang melakukan bekam merupakan satu kehinaan

TEKS BAHASA ARAB

النّظر في مرآة الحجام دناءة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Melihat ke arah cermin orang yang melakukan bekam merupakan satu kehinaan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis nombor 681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: النّظر في مرآة الحجام دناءة. [الإسماعيلي، الضعيفة (6079)].

(Munkar) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Melihat ke arah cermin orang yang melakukan bekam merupakan satu kehinaan. [Diriwayatkan oleh al-Ismā‘īlī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6079)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs