Munkar
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّظَرُ في مِرآةِ الحجَّامِ دَناءةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Melihat ke arah cermin orang yang melakukan bekam merupakan satu kehinaan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis no. 681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: النّظر في مرآة الحجام دناءة. [الإسماعيلي، الضعيفة (6079)].
(Munkar) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Melihat ke arah cermin orang yang melakukan bekam merupakan satu kehinaan. [Riwayat al-Ismā‘īlī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6079)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman