Melihat Ali merupakan ibadah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: النظر إلى علي عبادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Melihat Ali merupakan ibadah.

STATUS

Hasan Lighairihi

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 359-361, hadis nombor 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني عن ابن مسعود مرفوعا، وفي إسناده: يحيى بن عيسى الرملي، وليس بشيء، ولكنه قد تابعه منصور بن أبي الأسود، كما قد ذكره الشيرازي في الألقاب وتابعه أيضا عاصم بن عمر البجلي، كما رواه أبو نعيم في فضائل الصحابة، كلهم عن الأعمش، وقد أخرجه الحاكم في المستدرك، من طريق يحيى المذكور، ومن طريق عاصم. ورواه الخطيب، عن أبي هريرة مرفوعا، وفي إسناده: محمد بن أيوب بن الضريس، يروى الموضوعات، ومحمد بن إسماعيل الرازي، قال الذهبي في الميزان: هو المتهم بوضعه. ورواه ابن ناصر، عن ابن عباس مرفوعا، وفي إسناده: الحماني قاله أحمد وغيره: كذاب، وفي إسناده أيضا: يزيد بن أبي زياد، قال النسائي: متروك، ورواه الدارقطني، عن جابر مرفوعا، وابن عدي عن أنس مرفوعا، وفي إسنادهما: العدوى، ولا يحتج به.
ورواه ابن عدي بإسناد آخر فيه: محمد بن القاسم الأسدي. قيل: كذاب. وقال في اللآلىء: هو من رجال الترمذي. وقد روى أحمد بن أبي خيثمة عن ابن معين أنه قال: ثقة.
ورواه ابن عدي أيضا: عن ثوبان مرفوعا. وفي إسناده: يحيى بن سلمة ابن كهيل. قيل: هو متروك. قال في اللآلىء: هو من رجال الترمذي. قال في الميزان: وقد قواه الحاكم وحده، وأخرجه له في المستدرك فلم يصب.
ورواه ابن مردويه عن أبي سعيد مرفوعا. وفي إسناده: محمد بن يوسف الكديمي وضاع. وقد رواه الحاكم في المستدرك من غير طريقه. وقال: صحيح الإسناد.
ورواه الطبراني عن عمران بن حصين مرفوعا. وأبو نعيم عن عائشة. وفي إسناده: عباد بن صهيب وهو متروك.
ورواه ابن أبي الفراتي في جزئه، عن جابر ومعاذ رضي الله عنهما مرفوعا. فظهر بهذا أن الحديث من قسم الحسن لغيره لا صحيحا، كما قال الحاكم، ولا موضوعا، كما قال ابن الجوزي.

Ia diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Yahya bin Isa al-Ramli, tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah), tetapi mutaba’ah (sokongan) telah dilakukan padanya oleh Mansur bin Abu al-Aswad, sepertimana yang disebutkan oleh al-Syirazi di dalam al-Alqab. ‘Asim bin Umar al-Bajali juga melakukan mutaba’ah (sokongan) padanya, sepertimana yang disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam Fadhail al-Sahabah. Kesemua mereka daripada al-A’masy, dan al-Hakim telah meriwayatkannya di dalam al-Mustadrak, daripada jalan Yahya yang disebutkan, dan juga daripada jalan ‘Asim. Al-Khatib juga meriwayatkannya daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat: Muhammad bin Ayyub bin al-Dharis, yang meriwayatkan hadith-hadith palsu, dan juga Muhammad bin Isma’il al-Razi. al-Zahabi berkata di dalam al-Mizan: Dialah yang dituduh memalsukannya.
Ia diriwayatkan oleh Ibn Nasir daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat al-Hamani. Ahmad dan selainnya berkata: Pendusta. Pada sanadnya juga terdapat Yazid bin Abu Ziad.
Al-Nasaie mengatakan: Matruk (ditinggalkan riwayatnya). Diriwayatkan juga oleh al-Daraqutni daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan Ibn ‘Adi daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanad mereka berdua terdapat al-‘Adawi dan dia tidak boleh dijadikan hujah.
Diriwayatkan juga oleh Ibn ‘Adi dengan sanad yang lain. Padanya terdapat Muhammad bin al-Qasim al-Asadi. Dikatakan: Dia adalah pendusta.
Dia berkata dalam al-Laali’: Dia merupakan perawi al-Tirmizi.
Ahmad bin Abi Khaithamah meriwayatkan daripada Ibn Ma’in bahawa dia berkata: Thiqah.
Diriwayatkan juga oleh Ibn ‘Adi daripada Thauban secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Yahya bin Salamah bin Kahil. Dikatakan: Dia adalah matruk (ditinggalkan riwayatnya).
Disebutkan dalam al-Laali’: Dia adalah perawi al-Tirmizi.
Disebutkan dalam al-Mizan: Ia telah dikuatkan oleh al-Hakim secara bersendirian, dikeluarkan juga dalam al-Mustadrak tetapi tidak tepat.
Diriwayatkan juga oleh Ibn Mardawaih daripada Abu Sa’id secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat: Muhammad bin Yusuf al-Kudaimi seorang pemalsu hadith. Diriwayatkan juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan jalan yang lain. Dia berkata: Sanadnya sahih.
Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Imran bin Husain secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan juga Abu Nu’aim daripada ‘Aisyah. Pada sanadnya terdapat ‘Abbad bin Suhaib yang merupakan seorang matruk (ditinggalkan riwayatnya).
Diriwayatkan juga oleh Ibn Abu al-Furati dalam Juzu’nya, daripada Jabir dan Muaz secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW).
Lalu jelaslah bahawa hadith ini adalah hasan lighairihi dan bukannya sahih seperti yang disebutkan oleh al-Hakim dan bukannya palsu seperti yang disebutkan oleh Ibn al-Jauzi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.