Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Melihat ‘Ali ialah ibadah

Teks Bahasa Arab

النَّظرُ إلى عليٍّ عبادةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Melihat ‘Ali ialah ibadah

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA
  2. Abu Bakr RA
  3. Abu Hurairah RA
  4. ‘Aishah RA
  5. Anas bin Malik RA
  6. Imran bin Husain RA
  7. Mu'az bin Jabal RA
  8. Uthman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1877-1878, hadis no. 9465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) «النظر إلى علي عبادة». روي من حديث عبد الله بن مسعود، وعمران بن حصين، وعائشة، وأبي بكر الصديق، وأبي هريرة، وأنس بن مالك، ومعاذ ابن جبل، وعثمان بن عفان -رضي الله عنهم - وغيرهم. [حل، ك، ابن منده، ابن خلاد في ((الثاني من حديثه))، أبو بكر الشافعي في ((حديثه))، عد، خط، ابن النجار في ((ذيل التاريخ))، ابن الجوزي، ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (4702)

(Palsu) “Melihat ‘Ali ialah ibadah." Diriwayatkan dari hadis ‘Abdullah bin Mas’ud, ‘Imran bin Husain, ‘Aishah, Abu Bakar al-Siddiq, Abu Hurairah, Anas bin Malik, Mu’az bin Jabal, ‘Uthman bin ‘Affan RA dan lain-lain. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’, al-Hakim, Ibn Mandah, Ibn Khallad dalam kitab hadisnya yang kedua, Abu Bakar al-Syafie dalam hadis beliau, Ibn ‘Adi, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn al-Najjar di dalam Zail al-Tarikh, Ibn al-Jauzi dan Ibn Hajar dalam al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4702]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.