Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Meletakkan kepercayaan kepada setiap orang

Teks Bahasa Arab

الثِّقَةُ بِكُلِّ أَحَدٍ عَجْزٌ.

Teks Bahasa Melayu

Meletakkan kepercayaan kepada setiap orang adalah suatu yang tidak mampu dilakukan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 30, hadis no. 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

نقل الخطابي أن عبد الملك بن مروان وجد حجرا مكتوبا فيه بالعبرانية فبعث به إلى وهب بن منبه فإذا فيه إذا كان الغدر في الناس طبعا فالثقة بكل أحد عجز وعن عبد الله بن حنيف قال قال عمر بن عبد العزيز لمحمد بن كعب القرظي أي خصال الرجل أوضع له قال كثرة كلامه وإفشاء سره والثقة بكل أحد وروي أن ملكا من الملوك أمر بقتل رجل من أهل الإيمان فأصابوا معه كتابا فيه ثلاث كلمات إذا كان القدر حقا فالحرص باطل وإذا كان الغدر في الناس طباعا فالثقة بكل أحد عجز وإذا كان الموت لكل أحد رصدا فالطمأنينة إلى الدنيا حمق.

Al-Khattabi menukilkan bahawa 'Abd al-Malik bin Marwan menemui satu batu yang tertulis padanya dalam bahasa Ibrani, lalu beliau hantar batu itu kepada Wahb bin Munabbih, pada batu itu tertulis: "Jika pengkhianatan dalam kalangan manusia adalah suatu kebiasaan, maka meletakkan kepercayaan kepada setiap orang adalah suatu yang tidak mampu dilakukan". Juga daripada 'Abdullah bin Hanif, katanya: 'Umar bin 'Abd al-'Aziz berkata kepada Muhammad bin Ka'b al-Qurazi: "Apakah sifat seseorang yang paling banyak mensia-siakannya?", jawab beliau: "Banyak bercakap, menyebarkan keburukan dan meletakkan kepercayaan kepada setiap orang". Turut diriwayatkan bahawa salah seorang raja telah memerintahkan hukuman bunuh terhadap seorang lelaki beriman. Kemudian mereka menemui satu buku bersama lelaki itu, di dalamnya tertulis beberapa ungkapan: "Jika ketentuan itu benar, maka hasrat yang tekad itu adalah karut. Jika pengkhianatan terhadap manusia adalah suatu yang biasa terjadi, maka meletakkan kepercayaan kepada setiap orang adalah suatu yang tidak mampu dilakukan. Dan jika kematian setiap orang itu pasti, maka merasa tenang terhadap dunia adalah suatu kebodohan".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.