Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَضْعُ الْحِنَّاءِ فِي الْقَبْرِ مَعَ الْمَيِّتِ.
Teks Bahasa Melayu
Meletakkan inai dalam kubur bersama mayat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 102, hadis no. 496. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Jadd berkata: "Ia menyelisihi sunnah. Boleh jadi orang yang pertama sekali melakukannya atau menggalakkannya kepada orang ramai, dia berpegang kepada riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn 'Asakir daripada Ma'ruf al-Khayyat daripada Wathilah: "Hendaklah kamu mengenakan inai kerana ia boleh menerangkan kepala-kepala kamu, membersihkan hati-hati kamu, menambahkan kekuatan ketika bersetubuh dan ia menjadi saksi dalam kubur", al-Suyuti berkata: "Ma'ruf seorang perawi yang sangat munkar hadithnya". Al-Jadd berkata lagi: "Jika riwayat itu thabit pun, ia tidak boleh menjadi dalil perbuatan tersebut kerana yang dimaksudkan adalah mewarnakan uban dengan inai merupakan amalan yang menjadi saksi di dalam kubur bahawa dia mempraktikkannya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman