Meletakkan ilmu pada ahlinya

TEKS BAHASA ARAB

لو أن أهل العلم صانوه ووضعوه عند أهله سادوا به أهل زمانهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah ahli ilmu menjaga ilmu dan meletakkan ilmu pada ahlinya, pasti dengan ilmu tersebut mereka dapat membimbing masyarakat pada zaman mereka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis nombor 327. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

جاء عن عمر بن الخطاب، وابن مسعود، موقوفا.

Ungkapan tersebut datang daripada ‘Umar bin al-Khattab dan Ibn Mas’ud secara mawquf.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs