Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْ أَنَّ أَهْلَ الْعِلْمِ صَانُوهُ وَوَضَعُوهُ عِنْدَ أَهْلِهِ سَادُوا بِهِ أَهْلَ زَمَانِهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Kalaulah ahli ilmu menjaga ilmu dan meletakkan ilmu pada ahlinya, pasti dengan ilmu tersebut mereka dapat membimbing masyarakat pada zaman mereka.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis no. 327. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
جاء عن عمر بن الخطاب، وابن مسعود، موقوفا.
Ungkapan tersebut datang daripada 'Umar bin al-Khattab dan Ibn Mas'ud secara mawquf.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman