Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi akan dikenakan sebatan dari api neraka

Teks Bahasa Arab

من قذف ذمِّيًّا حُدَّ لهُ يومَ القيامةِ بسياطٍ من نارٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman pada hari kiamat dengan sebatan dari api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Wathilah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 795, hadis no. 4091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الأوزاعي، عن مكحول، واثلة رضي الله عنه مرفوعاً: من قذف ذميا حد له يوم القيامة بسياط من نار. فقلت لمكحول: ما أشد ما يقال؟ قال: يقال له: يا ابن الكافر! [طب، عد، ((الضعيفة)) (4130)]

(Palsu) Daripada al-Awza'i, daripada Makhul, daripada Wathilah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman pada hari kiamat dengan sebatan dari api neraka. Lalu aku berkata kepada Makhul: Apakah perkataan yang paling dahsyat diucapkan? Dia berkata: Dikatakan kepadanya: Wahai anak orang kafir! [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4130]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.