Melebihkan saudara sendiri dalam bersedekah

TEKS BAHASA ARAB

لأن أطعم أخا لي لقمة؛ أحب إلي من أن أتصدق على مسكين عشرة، ولأن أهب لأخ لي عشرة؛ أحب إلي من أن أتصدق على مسلم بمائة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku menyuap saudaraku dengan sesuap nasi, lebih aku sukai daripada aku bersedekah 10 (dirham) hartaku kepada orang miskin. Aku menghadiahkan 10 (dirham) hartaku kepada saudaraku lebih aku sukai daripada aku menyedekahkan 100 (dirham) hartaku kepada kaum Muslimin.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 871, hadis nombor 4456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي جعفر محمد بن علي -رضي الله عنه- عن أبيه مرفوعا: ((لأن أطعم أخا لي لقمة؛ أحب إلي من أن أتصدق على مسكين عشرة، ولأن أهب لأخ لي عشرة؛ أحب إلي من أن أتصدق على مسلم بمائة)). [أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (2019)].

(Palsu)
Daripada Abu Ja’far Muhammad bin Ali dari ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku menyuap saudaraku dengan sesuap nasi, lebih aku sukai daripada aku bersedekah 10 (dirham) hartaku kepada orang miskin. Aku menghadiahkan 10 (dirham) hartaku kepada saudaraku lebih aku sukai daripada aku menyedekahkan 100 (dirham) hartaku kepada kaum Muslimin.”
[Riwayat Abu Bakr al-Syafie dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2019].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs