Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ إذا توضأ، فَضَّلَ ماءً حتى يُسِيلَهُ على موضِعِ سجودِه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, baginda suka melebihkan air sehingga baginda menumpahkannya di tempat sujudnya.
Sahabat Perawi
- Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis no. 6095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن بن علي رضي الله عنهما، قال: كان ﷺ إذا توضأ، فضل ماء حتى يسيله على موضع سجوده. [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة))، 2150]
(Lemah) Daripada al-Hasan bin 'Ali RA berkata: Apabila Rasulullah SAW berwuduk, baginda suka melebihkan air sehingga baginda menumpahkannya di tempat sujudnya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2150]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman