Melaungkan takbir ketika terbenamnya matahari di pinggiran pantai sambil mengangkat suaranya

TEKS BAHASA ARAB

من كبر تكبيرة عند غروب الشمس، على ساحل البحر، رافعا بها صوته؛ أعطاه الله من الأجر بعدد كل قطرة في البحر عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات؛ ورفع له عشر درجات؛ ما بين درجتين مسيرة مائة عام بالفرس المسرع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melaungkan takbir ketika terbenamnya matahari di pinggiran pantai sambil mengangkat suaranya, Allah berikan kepadanya pahala bagi setiap titisan air laut sebanyak 10 kebaikan, menghapuskan daripadanya 10 keburukan dan mengangkat 10 darjat, jarak antara dua darjat itu adalah ibarat perjalanan selama 100 tahun dengan menunggang kuda yang laju.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405 – 1406, hadis nombor 7127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن قرة بن إياس رضي الله عنه مرفوعا: من كبر تكبيرة عند غروب الشمس، على ساحل البحر، رافعا بها صوته؛ أعطاه الله من الأجر بعدد كل قطرة في البحر عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات؛ ورفع له عشر درجات؛ ما بين درجتين مسيرة مائة عام بالفرس المسرع.
[عق، حد، ك، ((الضعيفة)) (406)]

(Palsu)
Daripada Qurrah bin Iyyas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melaungkan takbir ketika terbenamnya matahari di pinggiran pantai sambil mengangkat suaranya, Allah berikan kepadanya pahala bagi setiap titisan air laut sebanyak 10 kebaikan, menghapuskan daripadanya 10 keburukan dan mengangkat 10 darjat, jarak antara dua darjat itu adalah ibarat perjalanan selama 100 tahun dengan menunggang kuda yang laju.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du'afa' al-Kabir dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 406]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs