Melaungkan azan di Madinah dan bergegarlah Madinah

TEKS BAHASA ARAB

قصة رحلة بلال، ثم رجوعه إلى المدينة بعد رؤيته عليه الصلاة والسلام في المنام، وأذانه بها، وارتجاج المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kisah perjalanan Bilal, kemudian kembalinya beliau ke Madinah selepas melihat Nabi SAW dalam mimpi, dan beliau melaungkan azan di Madinah dan bergegarlah Madinah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 257-258, hadis nombor 458. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي الذيل أيضا: قصة رحلة بلال، ثم رجوعه إلى المدينة بعد رؤيته عليه الصلاة والسلام في المنام، وأذانه بها، وارتجاج المدينة. لا أصل لها، وهي بينة الوضع، وكأن ابن حجر المكي ما اطلع عليه وذكرها في كتابه الموضوع للزيارة.

Dan dalam Kitab al-Zayl juga terdapat kisah perjalanan Bilal, kemudian kembalinya beliau ke Madinah selepas melihat Nabi SAW dalam mimpi, dan beliau melaungkan azan di Madinah dan bergegarlah Madinah. Tiada asal baginya dan ia terang-terangan (adalah) palsu. Dan Ibn Hajar al-Makki seolah-olah tidak pernah melihatnya? Dia menyebutnya dalam kitabnya yang ditulis untuk Ziarah (Madinah).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs