Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سِحَاقُ النساءِ زِنًا بَيْنَهُنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Melakukan perbuatan lesbian di antara wanita adalah dianggap zina sesama mereka.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis no. 3989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن واثلة بن الأسقع مرفوعا: ((سحاق النساء زنا بينهن)). [الدواري في ((ذم اللواط))، عد، ابن الجوزي في ((ذم الهوى))، ((الضعيفة)) (1601)].
(Lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Melakukan perbuatan lesbian di antara wanita adalah dianggap zina sesama mereka. [Riwayat Al-Duri di dalam Zamm al-Liwat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Ibn al-Jauzi dalam Zamm al-Hawa, Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1601].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman