Melakukan kezaliman dengan kadar sejengkal atau lebih

TEKS BAHASA ARAB

من ظلم شبرا فما فوقه، كلف أن يحمله يوم القيامة حتى يبلغ الماء، ثم يحمله إلى المحشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berlaku kezaliman dengan kadar sejengkal atau lebih, maka dia akan dipertanggungjawabkan untuk memikulnya sehingga mencecah air (dalam tanah) pada hari kiamat kelak, kemudian dia akan memikulnya sampai ke Mahsyar.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 721, hadis nombor 3680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بذكر: (جملة الماء))
عن يعلى بن مرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من ظلم شبرا فما فوقه، كلف أن يحمله يوم القيامة حتى يبلغ الماء، ثم يحمله إلى المحشر.
[طب، ((الضعيفة)) (6760)].

(Sangat Munkar pada lafaz: “Air”)
Daripada Ya’la bin Murrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berlaku kezaliman dengan kadar sejengkal atau lebih, maka dia akan dipertanggungjawabkan untuk memikulnya sehingga mencecah air (dalam tanah) pada hari kiamat kelak, kemudian dia akan memikulnya sampai ke Mahsyar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6760].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs