Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مكةُ مناخٌ، لا تُباعُ رِباعُها، ولا تُؤْجَرُ بيوتُها.
Teks Bahasa Melayu
Mekah tempat persinggahan unta. Tanahnya tidak boleh dijual beli dan rumah-rumahnya tidak boleh disewa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis no. 9449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنه - مرفوعا: ((مكة مناخ، لا تباع رباعها، ولا تؤجر بيوتها)). [الطحاوي، إبن قطان في ((حديثه)) قط، فر، ك، هق،((الضعيفة)) (5412)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mekah tempat persinggahan unta. Tanahnya tidak boleh dijual beli dan rumah-rumahnya tidak boleh disewa." [Riwayat al-Tohawi, Ibn al-Qattan dalam kitab hadisnya, al-Daraqutni, al-Firdaws, al-Hakim dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.5412]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman