Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

مكة مناخ، لا تباع رباعها، ولا تؤجر بيوتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 622, hadis nombor 3233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((مكة مناخ، لا تباع رباعها، ولا تؤجر بيوتها)). [الطحاوي في ((شرح المعاني))، أبو عبد الله القطان في ((حديثه))، قط، ك، فر، هق، ((الضعيفة)) (4512)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya.))
[Riwayat al-Tahawi dalam Syarh al-Maani, Abu Abdullah al-Qattan dalam Hadis, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Daylami dalam al-Firdaws, dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4512].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs