Mekah adalah tempat tinggal dan tanahnya tidak boleh dijual

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مكة مناخ، لا تباع رباعها، ولا تؤجر بيوتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis nombor 4099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعاً: مكة مناخ، لا تباع رباعها، ولا تؤجر بيوتها.
[الطحاوي، أبو عبدالله القطان في (حديثه)، قط، فر، ك، هق، (الضعيفة) (4512)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya.
[Riwayat al-Tahawi dalam Syarh Ma'ani al-Athar, Abu 'Abdullah al-Qattan dalam hadisnya, al-Daruqutni dalam al-Sunan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4512]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.