Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مكةُ مناخٌ، لا تُباعُ رِباعُها، ولا تُؤْجَرُ بيوتُها.
Teks Bahasa Melayu
Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis no. 4099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعاً: مكة مناخ، لا تباع رباعها، ولا تؤجر بيوتها. [الطحاوي، أبو عبدالله القطان في (حديثه)، قط، فر، ك، هق، (الضعيفة) (4512)]
(Lemah) Daripada 'Abdullah bin 'Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mekah itu adalah tempat tinggal, tidak boleh dijual tanahnya, dan tidak disewakan rumah-rumah di dalamnya. [Riwayat al-Tahawi dalam Syarh Ma'ani al-Athar, Abu 'Abdullah al-Qattan dalam hadisnya, al-Daruqutni dalam al-Sunan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4512]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman