Mayat boleh melihat orang ramai di dalam rumahnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الميت يرى الناس في بيته سبعة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya mayat boleh melihat orang ramai di dalam rumahnya selama tujuh hari.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 23, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

سئل عنه الإمام أحمد، فقال: "باطل لا أصل له. وهو بدعة".

Al-Imam Ahmad telah ditanya mengenainya, lalu beliau menjawab: "Batil, tiada sebarang asal baginya. Dan ia adalah bid’ah".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs