Mayat akan melihat api neraka di rumahnya selama 7 hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الميت يرى النار في بيته سبعة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya mayat akan melihat api neraka di rumahnya selama 7 hari.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 69, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال أحمد وغيره: باطل لا أصل له، وهو بدعة.

Ahmad dan selainnya berkata: Batil dan tiada asalnya. Ia bid’ah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.