Mawar merah diciptakan daripada peluh Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

إن الورد الأحمر خلق من عرق النبي -صلى الله عليه وسلم-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya mawar merah diciptakan daripada peluh Nabi SAW.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 23, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده الديلمي عن أنس بلفظ: الورد الأبيض خلق من عرقي ليلة المعراج، والورد الأحمر خلق من عرق جبريل، والورد الأصفر من عرق البراق.
وأورده ابن فارس عن عائشة: من أراد أن يشم رائحتي، فليشم الورد الأحمر.
وأورده بعضهم عن أنس بلفظ آخر. وهو بكل طرقه لا يصح. وقال ابن عساكر وابن حجر وغيرهما: موضوع.

Dibawakan oleh al-Dailami daripada Anas, dengan lafaz: "Mawar putih diciptakan daripada peluhku sewaktu malam Mi’raj dan mawar merah pula diciptakan daripada peluh Jibril, manakala mawar kuning pula daripada peluh buraq".
Dibawakan oleh Ibn Faris, daripada ‘Aishah: "Sesiapa yang ingin mencium bauku, maka ciumlah bunga mawar merah".
Sebahagian mereka membawakannya daripada Anas dengan lafaz yang lain. Dan ia dengan kesemua jalan-jalan (periwayatan)nya tidak sahih. Ibn ‘Asakir, Ibn Hajar, dan lain-lain berkata: "Palsu".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs