Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Matlamat para ulama adalah memelihara dan matlamat orang-orang bodoh pula adalah menceritakan

Teks Bahasa Arab

تعلَّموا العِلمَ ثمَّ اعمَلوا به، فواللهِ لا تُؤجَروا حتَّى تَعمَلوا به، إنَّ العُلَماءَ سمتُهم الرِّعايةُ، وإنَّ السفهاءَ سمتُهم الرِّوايةُ.

Teks Bahasa Melayu

Pelajarilah ilmu, kemudian amalkanlah ia. Demi Allah! Kamu tidak akan diberikan pahala hinggalah kamu mengamalkannya. Sesungguhnya matlamat para ulama adalah ri'ayah (memelihara) dan matlamat orang-orang bodoh pula adalah riwayat (menceritakan).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1262, hadis no. 6448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: تعلموا العلم ثم اعملوا به، فوالله لا تؤجروا حتى تعملوا به، إن العلماء سمتهم الرعاية، وإن السفهاء سمتهم الرواية. [أبو عثمان البحيري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3407)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Pelajarilah ilmu, kemudian amalkanlah ia. Demi Allah! Kamu tidak akan diberikan pahala hinggalah kamu mengamalkannya. Sesungguhnya matlamat para ulama adalah ri'ayah (memelihara) dan matlamat orang-orang bodoh pula adalah riwayat (menceritakan). [Riwayat Abu 'Uthman al-Bahiriy dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3407]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.