Matilah dalam keadaan muslim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: مت مسلما ولا تبال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Matilah dalam keadaan muslim dan jangan kamu peduli.

STATUS

Tidak thabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 165, hadis nombor 494. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يثبت مبناه، وإن صح معناه. {ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون} [آل عمران: 102] .

Tidak thabit lafaznya sekalipun betul maknanya. (Seperti firman Allah SWT) "Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim". [Surah Aali 'Imran, 102]

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs