Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا بلالُ! الْقَ اللهَ فقيرًا، ولا تَلْقَهُ – وفي طريقٍ: مُتْ فقيرًا، ولا تَمُتْ - غنيًّا، قال: قلتُ: وكيفَ لي بذلكَ يا رسولَ اللهِ؟! قال: إذا رُزقتَ؛ فلا تَخْبَأْ وإذا سُئلتَ؛ فلا تمنعْ، قال: قلتُ: وكيفَ لي بذاكَ يا رسولَ اللهِ ؟! قال: هو ذاكَ وإلا؛ فالنارُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Bilal! Engkau berjumpalah Allah dalam keadaan engkau miskin (fakir), dan jangan engkau berjumpa – dalam riwayat lain: Matilah dalam keadaan miskin, dan jangan mati dalam keadaan kaya. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimana pula dengan aku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Jika engkau diberikan rezeki maka janganlah engkau sembunyikan (kedekut). Jika engkau diminta sesuatu (sedekah), maka janganlah kamu menghalang. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimana pula dengan aku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Begitulah juga. Jika tidak, maka ke nerakalah tempatnya.
Sahabat Perawi
- Bilal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 711, hadis no. 3637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بلال رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يا بلال! القى الله فقيراً، ولا تلقه - وفي طريق: مت فقيراً، ولا تمت - غنياً، قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟! قال: إذا رزقت؛ فلا تخبأ، وإذا سئلت؛ فلا تمنع، قال: قلت: وكيف لي بذاك يا رسول الله؟! قال: هو ذاك وإلا؛ فالنار. [ك، ابن السني في ((القناعة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6742)].
(Lemah) Daripada Bilal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Bilal! Engkau berjumpalah Allah dalam keadaan engkau miskin (fakir), dan jangan engkau berjumpa – dalam riwayat lain: Matilah dalam keadaan miskin, dan jangan mati dalam keadaan kaya. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimana pula dengan aku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Jika engkau diberikan rezeki maka janganlah engkau sembunyikan (kedekut). Jika engkau diminta sesuatu (sedekah), maka janganlah kamu menghalang. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimana pula dengan aku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Begitulah juga. Jika tidak, maka ke nerakalah tempatnya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn al-Sunni dalam al-Qana’ah, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6742].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman