Mati adalah kaffarah bagi setiap muslim

TEKS BAHASA ARAB

الموت كفارة لكل مسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mati adalah kaffarah bagi setiap muslim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis nombor 8814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الموت كفارة لكل مسلم.)) [الجوهري في ((العوالي الحسان))، حل، أبو نعيم في ((الفوائد))، خط، فر، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ابن عساكر، وابنه القاسم في ((التعزية))، ابن حجر في ((اللسان))، ((الضعيفة)) (4685) ].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Mati adalah kaffarah bagi setiap muslim.))
[Riwayat al-Jawhari dalam al-Awali al-Hisan, Abu Nu’aim dalam al-Fawaid, al-Khatib dalam al-Tarikh, al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at, Ibn Asakir dan anaknya al-Qasim dalam al-Ta’ziah dan Ibn Hajar dalam al-Lisan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4685].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs