Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الموتُ كفَّارةٌ لكلِّ مسلمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mati adalah kaffarah bagi setiap muslim.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis no. 8814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الموت كفارة لكل مسلم.)) [الجوهري في ((العوالي الحسان))، حل، أبو نعيم في ((الفوائد))، خط، فر، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ابن عساكر، وابنه القاسم في ((التعزية))، ابن حجر في ((اللسان))، ((الضعيفة)) (4685) ].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Mati adalah kaffarah bagi setiap muslim.)) [Riwayat al-Jawhari dalam al-Awali al-Hisan, Abu Nu’aim dalam al-Fawaid, al-Khatib dalam al-Tarikh, al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at, Ibn Asakir dan anaknya al-Qasim dalam al-Ta’ziah dan Ibn Hajar dalam al-Lisan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4685].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman