Masyarakat yang berada dalam lingkungan 40 buah rumah adalah jiran

TEKS BAHASA ARAB

الساكن من أربعين دارا جار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Masyarakat yang berada dalam lingkungan 40 buah rumah adalah jiran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis nombor 16. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري مرسلا: ((الساكن من أربعين دارا جار)). وفيه: ((قيل للزهري: وكيف أربعون دارا؟ قال: أربعون عن يمينه، وعن يساره، وخلفه وبين يديه)).
[أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (277)]

(Lemah) Daripada al-Zuhri secara mursal (disandarkan kepada Nabi SAW tanpa perantaraan Sahabat RA): Masyarakat yang berada dalam lingkungan 40 buah rumah adalah jiran. Juga ditanyakan kepada al-Zuhri: Bagaimanakah dikira termasuk dalam lingkungan 40 buah rumah itu? Lalu beliau menjawab: 40 buah rumah yang berada di bahagian kanan, kiri, belakang, dan hadapan.
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.277]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs