Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السَّاكِنُ مِنْ أَرْبَعِينَ دَارًا جَارٌ.
Teks Bahasa Melayu
Masyarakat yang berada dalam lingkungan 40 buah rumah adalah jiran.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis no. 16. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الزهري مرسلا: ((الساكن من أربعين دارا جار)). وفيه: ((قيل للزهري: وكيف أربعون دارا؟ قال: أربعون عن يمينه، وعن يساره، وخلفه وبين يديه)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (277)]
(Daif) Daripada al-Zuhri secara mursal (disandarkan kepada Nabi SAW tanpa perantaraan Sahabat RA): Masyarakat yang berada dalam lingkungan 40 buah rumah adalah jiran. Juga ditanyakan kepada al-Zuhri: Bagaimanakah dikira termasuk dalam lingkungan 40 buah rumah itu? Lalu beliau menjawab: 40 buah rumah yang berada di bahagian kanan, kiri, belakang, dan hadapan. [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.277]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman