Masjid ini telah diharamkan kepada setiap orang lelaki yang berjunub atau wanita yang haid

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم، ألا بينت الأسماء أن تضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai manusia! Masjid ini telah diharamkan kepada setiap orang lelaki yang berjunub atau wanita yang haid kecuali Nabi, para isteri baginda, ‘Ali, dan Fatimah binti Rasulillah SAW. Ingatlah! Aku telah menjelaskan nama-nama tersebut agar kamu tidak tersesat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1215 – 1216, hadis nombor 6189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أم سلمة رضي الله عنها، فقالت: خرج النبي صلى الله عليه وسلم من عندي، حتى دخل المسجد فقال: يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعليا، وفاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم، ألا بينت الأسماء أن تضلوا.
[ابن شبة، ابن حزم، ((الضعيفة)) (5486)]

(Munkar)
Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Nabi SAW telah keluar daripada tempatku hingga baginda masuk ke dalam masjid, lalu baginda bersabda: Wahai manusia! Masjid ini telah diharamkan kepada setiap orang lelaki yang berjunub atau wanita yang haid kecuali Nabi, para isteri baginda, ‘Ali, dan Fatimah binti Rasulillah SAW. Ingatlah! Aku telah menjelaskan nama-nama tersebut agar kamu tidak tersesat.
[Riwayat Ibn Shabbah dan Ibn Hazm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5486]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.