Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْخَطْبُ يَسِيرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Masalah itu mudah sahaja.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 36, hadis no. 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرج مالك والشافعي عن [خالد بن] أسلم أن عمر - رضي الله عنه - أفطر ذات يوم في رمضان في يوم ذي غيم ورأى أنه أمسى وغابت الشمس فجاءه رجل فقال يا أمير المؤمنين قد طلعت الشمس فقال عمر الخطب يسير وقد اجتهدنا.
Diriwayatkan oleh Malik dan al-Shafi'ei daripada Aslam bahawa 'Umar RA telah berbuka pada siang hari bulan Ramadhan ketika hari mendung, 'Umar mengira bahawa sudah petang dan matahari sudah tenggelam. Lalu seorang lelaki datang menemui 'Umar kemudiannya berkata: "Wahai Amir al-Mukminin! Matahari masih bersinar". Lantas 'Umar berkata: "Masalah itu mudah sahaja, kami telah berijtihad".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman