Mariah (al-Qibtiyyah) telah dihadiahkan kepada Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

أهديت مارية إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعها ابن عم لها، قالت: فوقع عليها وقعة، فاستمرت حاملا، قالت: فعزلها عند ابن عمها، قالت: فقال أهل الإفك والزور: من حاجته إلى الولد ادعى ولد غيره، وكانت أمه قليلة اللبن، فابتاعت له ضائنة لبون، فكان يغذى بلبنها، فحسن عليه لحمه، قالت عائشة رضي الله عنها: فدخل به على النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فقال: ((كيف ترين؟)) فقلت: من غذي بلحم الضأن يحسن لحمه، قال: ((ولا الشبه))، قالت: فحملني ما يحمل النساء من الغيرة أن قلت: ما أرى شبها، قالت: وبلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يقول الناس، فقال لعلي: “خذ هذا السيف، فانطلق فاضرب عنق ابن عم مارية حيث وجدته“، قالت: فانطلق، فإذا هو في حائط على نخلة يخترف رطبات، قال: فلما نظر إلى علي ومعه السيف، استقبلته رعدة. قال: فسقطت الخرقة، فإذا هو لم يخلق الله عز وجل له ما للرجال شيء ممسوح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mariah (al-Qibtiyyah) telah dihadiahkan kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ada seorang sepupunya. Kemudian baginda telah bersamanya sekali lalu Mariah terus hamil. Lalu Mariah ditinggalkan bersama sepupunya. Maka golongan pendusta dan pemfitnah berkata: "Hajatnya (Nabi) ialah inginkan anak lelaki, lalu dia mengakui anak orang lain sebagai anak sendiri. Ibunya pula susunya sedikit, maka dia membelikan anaknya susu kambing. Lalu anaknya meminum susu kambing itu dan dengan itu tubuhnya menjadi baik (sihat). ‘Aishah RA menceritakan: "Suatu hari, budak itu telah dipertemukan dengan Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Apakah pandanganmu?" Aku menjawab: "Sesiapa yang meminum susu kambing tubuh badannya akan sihat." Rasulullah bersabda: "Ada tak iras-iras aku?" Tiba-tiba, aku terasa cemburu sepertimana perempuan lain juga cemburu. Sehinggakan saya mahu sahaja menjawab: "Aku tak nampak seiras langsung." Ketika itu, apa yang orang ramai katakan (tentang hubungan Mariah) telah sampai kepada Nabi. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali: "Ambil pedang ini dan pergilah. Pancunglah leher anak saudara Mariah di mana sahaja engkau temuinya." ‘Ali pun bergerak dan ternampaknya di sebuah kebun kurma sedang mengutip hasil pohon kurma. Perawi berkata: "Ketika dia ternampak ‘Ali membawa pedang, dia pun terkejut. Perawi berkata: Lalu terjatuh kain baju. Tiba-tiba terlihat bahawa Allah tidak menciptakan untuk dia apa yang Dia ciptakan untuk lelaki. Sesuatu yang kudung (tiada kemaluan).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1869, hadis nombor 9422. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها: قالت: أهديت مارية إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعها ابن عم لها، قالت: فوقع عليها وقعة، فاستمرت حاملا، قالت: فعزلها عند ابن عمها، قالت: فقال أهل الإفك والزور: من حاجته إلى الولد ادعى ولد غيره، وكانت أمه قليلة اللبن، فابتاعت له ضائنة لبون، فكان يغذى بلبنها، فحسن عليه لحمه، قالت عائشة رضي الله عنها: فدخل به على النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فقال: ((كيف ترين؟)) فقلت: من غذي بلحم الضأن يحسن لحمه، قال: ((ولا الشبه))، قالت: فحملني ما يحمل النساء من الغيرة أن قلت: ما أرى شبها، قالت: وبلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يقول الناس، فقال لعلي: “خذ هذا السيف، فانطلق فاضرب عنق ابن عم مارية حيث وجدته“، قالت: فانطلق، فإذا هو في حائط على نخلة يخترف رطبات، قال: فلما نظر إلى علي ومعه السيف، استقبلته رعدة. قال: فسقطت الخرقة، فإذا هو لم يخلق الله عز وجل له ما للرجال؟ شيء ممسوح. [ك، ((الضعيفة)) (4964)]

(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA berkata: Mariah (al-Qibtiyyah) telah dihadiahkan kepada Rasulullah SAW dan bersamanya ada seorang sepupunya. Kemudian baginda telah bersamanya sekali lalu Mariah terus hamil. Lalu Mariah ditinggalkan bersama sepupunya. Maka golongan pendusta dan pemfitnah berkata: "Hajatnya (Nabi) ialah inginkan anak lelaki, lalu dia mengakui anak orang lain sebagai anak sendiri. Ibunya pula susunya sedikit, maka dia membelikan anaknya susu kambing. Lalu anaknya meminum susu kambing itu dan dengan itu tubuhnya menjadi baik (sihat). ‘Aishah RA menceritakan: "Suatu hari, budak itu telah dipertemukan dengan Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Apakah pandanganmu?" Aku menjawab: "Sesiapa yang meminum susu kambing tubuh badannya akan sihat." Rasulullah bersabda: "Ada tak iras-iras aku?" Tiba-tiba, aku terasa cemburu sepertimana perempuan lain juga cemburu. Sehinggakan saya mahu sahaja menjawab: "Aku tak nampak seiras langsung." Ketika itu, apa yang orang ramai katakan (tentang hubungan Mariah) telah sampai kepada Nabi. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali: "Ambil pedang ini dan pergilah. Pancunglah leher anak saudara Mariah di mana sahaja engkau temuinya." ‘Ali pun bergerak dan ternampaknya di sebuah kebun kurma sedang mengutip hasil pohon kurma. Perawi berkata: "Ketika dia ternampak ‘Ali membawa pedang, dia pun terkejut. Perawi berkata: Lalu terjatuh kain baju. Tiba-tiba terlihat bahawa Allah tidak menciptakan untuk dia apa yang Dia ciptakan untuk lelaki. Sesuatu yang kudung (tiada kemaluan). [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4963]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs