Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَشَدُّ النَّاسِ حَسْرَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ أَمْكَنَهُ طَلَبُ الْعِلْمِ فِي الدُّنْيَا، فَلَم يَطْلُبْهُ، وَرَجُلٌ عَلِمَ عِلْمًا، فَانتَفَعَ بِهِ مَنْ سَمِعَه مِنْهُ دَونَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang sangat rugi pada hari kiamat adalah seseorang yang ada kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak menuntut ilmu dan seseorang yang mengetahui suatu ilmu, lalu orang lain yang mendengar daripadanya mendapat manfaat, sedangkan dia sendiri tidak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1296, hadis no. 6628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: أشد الناس حسرة يوم القيامة: رجل أمكنه طلب العلم في الدنيا؛ فلم يطلبه، ورجل عَلّم علماً، فانتفع به من سمعه منه دونه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7142)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Manusia yang sangat rugi pada hari kiamat adalah seseorang yang ada kemampuan untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak menuntut ilmu dan seseorang yang mengetahui suatu ilmu, lalu orang lain yang mendengar daripadanya mendapat manfaat, sedangkan dia sendiri tidak. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7142].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman