Manusia yang rugi dalam agama kerana dosa-dosanya

TEKS BAHASA ARAB

كفى بالمرء نقصاً في دينه أن يكثر خطاياه، وينقص حلمه، ويقل حقيقته، جيفة بالليل، بطال بالنهار، كسول هلوع، منوع رتوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukuplah kekurangan pada diri seseorang daripada segi agamanya kerana dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembutnya, kurang kebenaran (dalam perbuatannya), lemah pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi bekeluh kesah, serta menghalang pemberian (daripada rezeki yang diberi kepadanya: kedekut) (namun dia) hidup mewah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis nombor 392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحكم بن عمير – رضي الله عنه – صاحب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كفى بالمرء نقصاً في دينه أن يكثر خطاياه، وينقص حلمه، ويقل حقيقته، جيفة بالليل، بطال بالنهار، كسول هلوع، منوع رتوع)). [حل، ((الضعيفة)) (4094)].

(Lemah)
Daripada al-Hakam bin Umair RA, sahabat Rasulullah SAW; beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Cukuplah kekurangan pada diri seseorang daripada segi agamanya kerana dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembutnya, kurang kebenaran (dalam perbuatannya), lemah pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi bekeluh kesah, serta menghalang pemberian (daripada rezeki yang diberi kepadanya: kedekut) (namun dia) hidup mewah.))
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4094]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.