Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بِالمَرْءِ نَقْصًا فِي دِينِهِ أن يَكْثُرَ خَطاياهُ، ويَنْقُصَ حِلْمُهَ، وَيَقِلُّ حَقِيقَتهِ، جِيفَةٌ بالليل، بطَّالٌ بالنهارِ، كَسُولٌ هَلُوعٌ، مَنُوعٌ رَتُوعٌ.
Teks Bahasa Melayu
Cukuplah kekurangan pada diri seseorang daripada segi agamanya kerana dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembutnya, kurang kebenaran (dalam perbuatannya), lemah pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi bekeluh kesah, serta menghalang pemberian (daripada rezeki yang diberi kepadanya: kedekut) (namun dia) hidup mewah.
Sahabat Perawi
- Al-Hakam bin ‘Umair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحكم بن عمير - رضي الله عنه - صاحب رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((كفى بالمرء نقصاً في دينه أن يكثر خطاياه، وينقص حلمه، ويقل حقيقته، جيفة بالليل، بطال بالنهار، كسول هلوع، منوع رتوع)). [حل، ((الضعيفة)) (4094)].
(Daif) Daripada al-Hakam bin Umair RA, sahabat Rasulullah SAW; beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Cukuplah kekurangan pada diri seseorang daripada segi agamanya kerana dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembutnya, kurang kebenaran (dalam perbuatannya), lemah pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi bekeluh kesah, serta menghalang pemberian (daripada rezeki yang diberi kepadanya: kedekut) (namun dia) hidup mewah.)) [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4094]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman