Manusia yang paling utama di dalam masjid ialah imam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الناس في المسجد الإمام، ثم المؤذن، ثم من على يمين الإمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling utama di dalam masjid ialah imam, kemudian muazzin, kemudian mereka yang berada di bahagian kanan imam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis nombor 1379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أفضل الناس في المسجد الإمام، ثم المؤذن، ثم من على يمين الإمام)). [فر، ((الضعيفة)) (2844)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling utama di dalam masjid ialah imam, kemudian muazzin, kemudian mereka yang berada di bahagian kanan imam.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2844]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.