Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ النَّاسِ في المسجدِ الإمامُ، ثمَّ المؤذِّنُ، ثمَّ مَن على يمينِ الإمامِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling utama di dalam masjid ialah imam, kemudian muazzin, kemudian mereka yang berada di bahagian kanan imam.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis no. 1379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أفضل الناس في المسجد الإمام، ثم المؤذن، ثم من على يمين الإمام)). [فر، ((الضعيفة)) (2844)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling utama di dalam masjid ialah imam, kemudian muazzin, kemudian mereka yang berada di bahagian kanan imam. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2844]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman